6 Cara Kawal Stress Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Kehamilan

ELAKKAN STRESS

Stress merupakan masalah umum di kalangan warga moden yang boleh memberikan kesan kepada kehamilan anda. Ibu hamil biasanya mengalami pelbagai jenis stress kerana kehamilan bukan sahaja melibatkan perubahan kehidupan, malah ia akan mengubah corak hidup anda daripada seorang wanita biasa kepada seorang ibu.

Keadaan mabuk hamil dan badan mudah menjadi lesu akibat kekurangan tidur pada waktu malam, di tambah dengan keadaan perut semakin membesar yang menyukarkan masa tidur, juga boleh mengundang kepada stress fizikal.

Tahu tak, bila anda stress semasa hamil, ia boleh membuatkan bayi di dalam rahim juga akan stress. Ia boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan mental bayi, semasa mereka membesar. Di katakan, antara punca anak jadi terlalu hiperaktif atau ADHD, adalah kerana ibu mudah stress semasa hamil anak tersebut.

 

cara kawal stress semasa hamil

 

Sebenarnya cara untuk mengawal stress adalah lebih mudah, dan ia tidaklah sesukar yang anda fikirkan. 🙂

1. Kenali Sebab Kepada Masalah Anda

  • Fikirkan apakah yang menyebabkan anda rasa tertekan kerana ia adalah cara yang terbaik untuk anda mengatasinya.
  • Selagi kerisauan anda adalah eksklusif, anda boleh mengatasinya secara proaktif.

 

2. Jaga Diri Anda

  • Kekalkan diet yang sihat dan pastikan kesihatan anda merupakan perkara yang paling penting sekali bagi diri anda
  • Walaupun anda tidak boleh mengatasi masalah stress anda, pastikan anda mempunyai tabiat yang baik yang boleh melindungi diri anda daripada sebarang kesan serius yang menyebabkan stress

 

3. Berdepanlah Dengan Ketakutan Anda

  • Jika anda risaukan tentang satu perkara seperti kesakitan semasa bersalin, ketahui segala fakta mengenainya.
  • Walaupun anda masih lagi tidak yakin, mengetahui tentang beberapa fakta boleh mempersiapkan diri anda untuk perkara yang akan datang

 

4. Makanlah Makanan Yang Enak

  • Makanan yang enak seperti ais krim, pasta dan kentang putar boleh menolong badan anda untuk sentiasa rasa baik dan boleh menyerang beberapa limpahan cortisol yang menyebabkan stress

 

5. Binalah Kumpulan Sokongan

  • Rakan dan keluarga anda boleh menolong anda untuk mengurangkan beban stress dengan lebih efektif.
  • Jika anda seorang yang aktif menggunakan facebook, anda juga boleh join kumpulan ibu hamil yang banyak di dalam facebook.
  • Dengan berbicara mengenai masalah kehamilan anda bersama wanita hamil yang lain, secara tidak langsung akan mendedahkan anda dengan pengetahuan baru. 🙂

 

6. Pengambilan Supplemen Anti Stress

B complex shaklee

  • Antara supplemen yang sangat membantu ibu-ibu yang hamil dan bakal berpantang, bagi mengurangkan stress adalah vitamin B Complex.
  • Ini kerana terdapat kandungan di dalam vitamin B ini yang membantu mengeluarkan hormon gembira, dan secara tidak langsung mengurangkan hormon cortisol yang menyebabkan stress.
  • Stress sangat penting untuk di kawal, kerana ia boleh menyebabkan seorang ibu hamil cenderung untuk menjadi meroyan, dan risau ia akan berlarutan sehingga selepas bertahun-tahun, selepas bersalin.

 

 

 

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
  • Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
 

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 35 UNTUK SELURUH MALAYSIA .

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *