Kembali Langsing Selepas Bersalin Dengan Senaman Ibu Hamil

Kehamilan

Senaman semasa hamil sebenarnya memberi banyak manfaat kepada kepada si ibu dan si anak yang di kandung. Namun, terdapat beberapa penelitian yang perlu ibu hamil ambil tahu, sebelum memulakan senaman agar ia selamat untuk dan kandungan.

 

langsing selepas bersalin

 

9 MANFAAT YANG BAKAL ANDA PEROLEHI BILA MELAKUKAN SENAMAN SEMASA HAMIL

1. Memudahkan proses bersalin

  • Senaman membantu meningkatkan stamina ibu hamil
  • Terdapat kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana mempunyai tenaga yang kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar

 

2. Membantu aliran darah lebih lancar

  • Ini bermaksud, lebih banyak oksigen dihantar ke otak dan seluruh badan sekaligus membuatkan ibu hamil lebih segar dan bertenaga.

 

3. Mengatasi selera makan

  • Tubuh menggunakan banyak tenaga ketika bersenam.
  • Ia secara tidak langsung, membantu memperbaiki selera makan ibu hamil agar dapat mengganti semula tenaga yang digunakan.

 

4. Menguatkan otot

  • Apabila otot-otot rahim dan faraj kuat, ia berupaya menampung perkembangan bayi dalam kandungan yang semakin membesar dari bulan ke bulan.

 

5. Mencegah kaki kejang

  • Senaman dapat membantu aliran darah berjalan dengan lancar, jadi secara tidak langsung, ia membantu menghindari dari masalah kaki kejang semasa hamil.

 

6. Atasi tekanan fizikal dan mental

  • ia membantu anda mengatasi tekanan fizikal dan mental yang dialami kesan daripada proses kehamilan
  • secara tidak langsung, masalah-masalah biasa yang di alami ketika hamil seperti keletihan, kekejangan kaki, kesukaran bernafas, gangguan tidur, sakit belakang, sembelit akan lebih mudah untuk ditangani

 

7. Kurangkan komplikasi kehamilan

  • Bila senaman di lakukan, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan komplikasi kehamilan seperti praeklampsia dan kencing manis (GDM)

 

8. Lebih mudah kawal berat badan

  • Bila ibu hamil kerap bersenam, ia dapat membantu anda lebih mudah mengawal pertambahan berat badan sepanjang kehamilan.
  • Manfaat ia akan berterusan, biarpun selepas melahirkan di mana anda tidak perlu bersusah payah untuk mengembalikan diri kepada bentuk badan asal
  • Malahan, anda juga dapat membantu dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi saat-saat melahirkan bayi memandangkan anda cukup berstamina semasa proses meneran.

 

9. Memberikan kesan positif kepada kandungan

  • Bila ibu bersenam, secara tidak langsung ia mengeluarkan hormon endorfin.
  • Hormon endorfin yang di keluarkan oleh tubuh ibu akan membuatkan bayi di dalam kandungan akan berasa lebih tenang dan gembira sama seperti si ibu.

 

 

Antara jenis senaman yang boleh di amalkan oleh setiap ibu hamil kerana diyakini baik dan selamat termasuklah jalan kaki, joging, renang dan aerobik. Senaman ini di galakkan kerana ia tidak memerlukan anda membawa berat tambahan.

 

Jika anda jarang bersenam, tetapi mempertimbangkan untuk melakukannya ketika hamil, anda boleh mulakan dengan senaman berimpak rendah seperti berjalan atau berenang. Lakukannya dalam sesi yang pendek.

Janganlah terlalu asyik bersenam sehingga kerap keletihan. Berhenti jika anda berasa lelah.

Sekiranya sudah melepasi trimester pertama, elakkan apa sahaja jenis senaman yang memerlukan anda berbaring terlentang atau berdiri setempat untuk tempoh jangka masa yang lama. Hal ini berikutan kedua-dua kedudukan ini boleh mengurangkan aliran darah dan oksigen kepada bayi.

Berhentikan serta merta senaman, jika anda mengalami mana-mana tanda seperti sakit dada, sendi kaki atau perut, pening atau pitam, sesak nafas, penglihatan kabur, pendarahan faraj, sukar berjalan dan mengalami kontraksi.

Untuk buat senaman semasa hamil, penggunaan alat sokongan seperti Maternity Support Belt ketika melakukan senaman.

 

BERHATI-HATI 

Dapatkan pandangan daripada doktor yang memeriksa kehamilan anda terlebih dahulu sebelum bersenam. Perlu berwaspada, ketika melakukan senaman terutamanya, jika anda pernah :

  • melahirkan bayi pramatang atau hampir keguguran
  • bayi yang dikandung lebih kecil berbanding usia kehamilan
  • berat badan berlebihan atau terlalu kurang
  • mengalami anemia yang teruk
  • menghidap tekanan darah tinggi, praeklampsia atau diabetes
  • mempunyai masalah dengan sendi atau otot
  • ada masalah berkaitan jantung atau paru-paru
  • hamil anak kembar dua, tiga atau lebih
  • hamil plasenta previa (uri di bawah)
  • kerap mengalami pendarahan faraj
  • serviks di dapati lemah
  • menghidap penyakit jantung atau paru-paru yang serius
  • menghidap tekanan darah terlalu tinggi

 

set ibu hamil shaklee

buy online now shaklee

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
  • Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
 

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 35 UNTUK SELURUH MALAYSIA .

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *