Ambil Nutrisi Terbaik Semasa Hamil Lahirkan Anak Yang Sihat Dan Cerdik

Kehamilan

Sedar tak anda, makanan yang anda makan semasa hamil, boleh mempengaruhi perkembangan otak janin anda? Ambil nutrisi yang terbaik, menyalurkan nutrisi yang terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Secara tidak langsung, ia menjadi makanan kepada bayi di dalam rahim. 

Jika bayi biasa makan makanan yang baik, semasa masih di dalam rahim, secara tidak langsung, sistem badan bayi akan menjadi lebih baik dan lebih sihat secara mental dan fizikal.

Namun, ia sangat berbeza, jika ibu lebih banyak menghabiskan makan makanan segera, lantaran kerana “ketiadaan selera” sepanjang kehamilan, maka apa yang bayi makan semasa dalam rahim adalah makanan yang kurang berzat.

Secara umumnya, kita tahu makanan segera, adalah makanan yang kurang berzat. Bila ibu makan makanan kurang berzat, ia akan di salurkan melalui plasenta dan memberikan kesan kepada kesihatan bayi secara mental dan fizikal.

 

makanan sihat untuk bayi bijak

 

 

Tahukah anda?

Perkembangan otak janin (bayi dalam kandungan) anda bermula pada minggu kedua kehamilan dan berterusan hingga minggu terakhir kehamilan. Semasa proses ini, pemakanan ibu memberi kesan ketara terhadap pertumbuhan janin, yang menentukan keupayaan minda dan kognitif. Ketahui bagaimana ibu boleh membantu untuk perkembangan otak janin dengan mengamalkan diet yang merangkumi makanan berkhasiat dan kaya dengan nutrien.

Salah satu dari tips penting tersebut, saya ada menyentuh tentang kepentingan makanan tambahan bagi merangsang otak anak yang bijak.

Apa yang anda makan setiap, biarpun sebelum anda mengandung, adalah sangat penting untuk memastikan anda mengambil nutrisi yang mencukupi, apatah lagi, jika anda sedang mengandung. Anda sudah pasti pernah mendengar istilah ‘makan untuk 2 orang’, namun begitu, ia bukannya bermakna anda bebas untuk mengambil makanan segera tanpa had. Adalah sangat penting untuk memastikan bahawa sepanjang anda mengandung, mengambil makanan sedikit tapi penuh dengan nutrien.

 

#1. Kenaikan berat badan semasa mengandung

  • Menurut pakar, perkadaran berat badan naik semasa mengandung adalah berdasarkan berat ibu sebelum mengandung. Jadi, anda perlu berbincang dengan doktor anda, berapa kenaikan berat yang sesuai.
  • Untuk kenaikan berat yang sihat, anda perlu menambah 100 kalori setiap hari, untuk 3 bulan pertama, dan di ikuti oleh 300 kalori sehari untuk bulan-bulan seterusnya
  • Pastikan anda memilih diet yang sihat demi kebaikan anda dan bayi anda

 

#2. Makanan untuk anda dan bayi anda

  • Karbohidrat – bijrin, sayuran segar serta buah-buahan yang segar adalah sebahagian diet yang besar untuk anda. Ia membekalkan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Malahan ia juga menyediakan fiber bagi mengelak masalah sembelit
  • Protein – makan sekurang-kurang 3 atau lebih hidangan daging, ikan, telur dan kekacang setiap hari. Adalah penting untuk anda mengambil lebih protein dalam diet anda, kerana ia membantu pembentukan tumbesaran bayi dan perubahan bentuk badan anda (Nota:1 hidangan = 85 g daging/ikan atau telur atau 2 biji telur putih atau separuh kekacang yang di masak atau segelas susu)
  • Lemak (Omega 3) memainkan peranan penting dalam pembentukan otak bayi serta perkembangan matanya. Namun begitu, pastikan anda tidak mengambilnya dalam kuantiti yang melampau makanan berlemak kerana ia memiliki kalori yang tinggi dan kemungkinan akan menyebabkan nutrisi penting rosak.
  • Zat besi – Kekurangan zat besi semasa mengandung ada berkaitan dengan kelahiran bayi pra-matang atau berat bayi terlalu rendah. Antara makanan yang kaya dengan zat besi adalah seperti : daging, ayam, ikan, kerang, tiram, roti, buah kering, kekacang. Zat besi dari haiwan adalah lebih mudah menyerap berbanding zat besi dari tumbuhan. Bagi meningkatkan kadar penyerapan zat besi, pastikan anda mengambil tumbuhan yang tinggi kandungan zat besi termasuk yang ada vitamin C (seperti buah limau, anggur, brokoli, kentang, tembikai dan tomato)
  • Asid Folik – Asid folik penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi anda. Pengambilan asid folik sangat penting di ambil, jika anda merancang untuk mengandung. Makanan yang kaya dengan asid folik adalah : oren, strawberi, pisang, asparagus, avokado, brokoli, kacang hijau, bayam, tomato, sayuran warna hijau gelap, kekacang, bijirin, telur
  • Kalsium – Anda dan bayi anda, sangat memerlukan kalsium bagi kekuatan tulang dan gigi. Jika anda tidak mengambil kalsium yang mencukupi, badan anda akan ‘meminjam’ kalsium dari tulang anda bagi membina tulang janin anda. Pastikan anda mengambil 3-4 hidangan produk tenusu setiap hari. Selain itu, antara sumber kalsium adalah : tofu, susu kalsium, sardin, kekacangan, oren jus, brokoli

 

#3 : DHA

DHA adalah tergolong dalam kategori asid lemak omega 3 yang mana sangat dikenali sebagai sumber utama untuk otak yang cerdik. Manfaatnya adalah terlibat dalam pembentukan tisu otak dan penebatan neron. Sumber DHA boleh didapati dalam ikan beriklim sejuk seperti salmon, makanan yang diperkuat dan makanan tambahan.

dha untuk ibu hamil

 

#4 : KOLINA

Kolina memainkan peranan dalam DNA dan penebatan saraf. Ia boleh membaiki daya ingatan dan meningkatkan keupayaan kognitif. Sumber kolina adalah dari telur, germa gandum, kacang soya, susu, kacang tanah, kubis dan bunga kubis.

kolina dari telur

 

#5 : ASID LEMAK OMEGA 3

Diperlukan untuk perkembangan membran sel dan fungsi fisiologi otak. Sumbernya seperti ikan tuna, salmon dan sudah tentu Omega Guard!

 

#6 : ASID LEMAK OMEGA 6

Bertindak sebagai pelopor kepada sekumpulan hormon yang memainkan peranan dalam pembangunan fungsi penting dalam otak. Sumber omega 6 adalah dari biji bunga matahari, minyak bijian, jagung, biji labu, bijan, kekacang, daging dan produk tenusu.

 

#7 : ZAT BESI

Penting dalam pembentukan isyarat saraf dalam otak, penebatan saraf dan tenaga. Ia boleh didapati dari daging, kuning telur, sayuran berdaun hijau.

 

#8 : ASID FOLIK

Asid folik membantu pertumbuhan tiub neural janin dan juga membantu mencegah spina bifida, satu keadaan di mana saraf tunjang terkeluar melalui bukaan di bahagian belakang. Sumber asid folika dalah dari bayam, kacang tanah, biji matahari, avokado dan emping jagung.

Kesemua zat-zat tersebut adalah sangat ideal dan amat diperlukan oleh ibu semasa hamil. Jangan ambil mudah, sayangi janin anda dan jagailah ia selama 9 bulan kandungan untuk memastikan bayi anda mendapat zat yang terbaik nanti.

 

#9 : Pertuturan

  • Bercakaplah dengan bayi dalam rahim antara 5 hingga 10 minit setiap hari. Ucaplah, “Assalamualaikum/hello sayang, ini mama/papa, anak mama/papa bijak/ cerdas dan ceria dan sebagainya (kata-kata pujian).
  • Cara ini dapat menjalin hubungan yang lebih erat atau bonding kepada bayi.
  • Di percayai, jika kerap dilakukan ia akan membuatkan bayi cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi berbanding yang tidak menerima rangsangan.

 

#10 :Sentuhan

  • Semasa melakukan komunikasi, lakukan sentuhan dengan membelai dan mengusap bahagian perut.
  • Cara ini secara tidak langsung sejenis hormon akan dirembeskan.
  • Hormon tersebut berperanan memberi kelegaan kepada rahim dan menimbulkan keselesaan dan bengkung moden ketenangan kepada bayi.
  • Juga pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang semasa melakukan rutin ini supaya anak yang akan dilahirkan sentiasa riang dan tidak mudah meragam.

 

#11 : Bunyi

  • Bayi yang terdedah kepada bunyi seperti irama muzik klasik, bacaan Al-Quran serta zikir secara berulang-ulang semasa dalam kandungan mampu merangsang serta mengoptimalkan fungsi-fungsi otak anak.
  • Sehingga anak menjadi sihat, membesar secara optimal, dan cerdas sehingga mengalami perkembangan dengan baik.
  • Untuk kesan yang lebih baik, ibu boleh meletak headfon pada perut dalam kedudukan yang selesa.
  • Ia boleh dilakukan bila-bila masa.
  • Bagi wanita bekerjaya, sambil anda duduk membuat kerja, anda boleh meletakkan headfon di perut tanpa menganggu tugasan harian anda.

 

#12 : Pemakanan Yang Sihat

  • Pengambilan minyak ikan Omega 3 merupakan makanan terbaik untuk perkembangan otak bayi.
  • Kandungan EPA dan DHA yang boleh ditemui dalam minyak ikan diperlukan untuk perkembangan yang sihat.
  • Minyak ikan juga penting untuk ibu.
  • Pada peringkat ketiga kehamilan, ibu akan memindahkan kebanyakan simpanan DHA kepada janin, yang diperlukan untuk pembentukan sistem saraf dan otak bayi.
  • Begitu juga dengan pengambilan susu semasa hamil.
  • Susu mengandungi protein, kalsium, choline, potasium, fosfor, niasin, b iotin, vitamin A, vitamin B12, vitamin D dan beberapa mineral penting lainnya.
  • Ibu hamil yang secara rutin mengambil susu (mengandung choline), akan melahirkan bayi yang memiliki kemampuan memori yang sangat baik.
  • Susu yang mengandung choline sangat berpengaruh kepada perkembangan otak dan pusat memori otak janin.

 

Berminat untuk mencuba set ibu hamil shaklee?

set ibu hamil shaklee

 

buy online now shaklee

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
  • Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
 

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 35 UNTUK SELURUH MALAYSIA .

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *