Fasa Kehamilan Sepanjang 40 Minggu

Kehamilan

Kebiasaannya, kehamilan mengambil masa 40 minggu. Dan setiap peringkat ini di panggil sebagai trimester 1, trimester 2 dan trimester 3. Seseorang ibu boleh bersalin sebelum genap 40 minggu atau terlebih sehari dua.

Jika terlebih sehingga masuk minggu ke 41 atau minggu ke 42, mungkin doktor akan mengesyorkan agar perlukan induce atau bersalin secara pembedahan. Ini kerana, bayi jika terlalu lewat lahir, akan memberi kesan yang tidak elok pada kesihatan bayi.

Sepanjang tempoh kehamilan 40 minggu, pelbagai perkembangan yang akan berlaku kepada fetus.

 

Macam mana anda tahu yang anda sedang hamil?

 

Kebiasaanya, tanda kehamilan yang penting dan utama adalah anda tidak datang bulan. Jika anda lewat datang bulan selepas seminggu atau dua minggu dari waktu yang sepatutnya anda datang bulan, dan membuat ujian kehamilan sendiri di rumah, biasanya ia akan memberi keputusan ujian yang positif.

Namun, jika ujian di buat terlalu awal, mungkin keputusan yang anda perolehi adalah tidak tepat. Jika ia positif, kemungkinan anda untuk hamil mungkin betul. Jika ia negatif, peluang untuk ia negatif adalah juga tinggi. Tetapi, untuk memastikan samada ia keputusan yang tepat, anda boleh bertemu dengan doktor, dan doktor akan membuat ujian melalui ujian darah.

Keputusan ujian darah, biasanya lebih tepat dan cepat, berbanding anda membuat ujian sendiri di rumah.

 

Kenaikan Berat Badan Semasa Hamil, Dan Bagaimana Mudahnya Untuk Dapat Berat Badan Yang Asal

Kenaikan berat badan semasa hamil, sepatutnya bergantung kepada BMI sebelum dia hamil. Bagi wanita yang mempunyai berat normal, kenaikkan berat badan sepatutnya ialah 11 Kg dan 15 Kg.

Bagi wanita yang BMI di bawah paras normal, sepatutnya, kenaikkan berat badan adalah lebih tinggi. Manakala, bagi wanita obesiti, kenaikan yang lebih rendah, adalah seeloknya.

Kalori yang perlu di ambil sepanjang kehamilan juga perlu di titik beratkan, bagi mengelak ibu hamil mempunyai kenaikan berat terlalu banyak sepanjang kehamilan.

Kenaikkan berat badan semasa hamil, adalah perkara normal. Sebab ia mempunyai:

  • Berat fetus : Sehingga kelahiran, biasanya berat fetus adalah 3.5 Kg atau kurang atau lebih.
  • Berat plasenta : ± 0.6 Kg
  • Berat uterus : ± 0.91 Kg
  • Berat air ketuban : ± 0.91 Kg
  • Berat lebihan penyimpanan protein, lemak dan nutrisi = ± 3.17 Kg
  • Berat kerana pertambahan isipadu darah dalam badan = ± 1.8 Kg
  • Berat pertambahan cecair dalam badan = ± 1.8 Kg
  • Berat payudara semasa hamil = ± 0.91 Kg

Jumlah kenaikkan semua ini termasuk dari semua sumber lain adalah lebih kurang = 11 – 15 Kg.

Sebab itu, jika anda sudah bersalin, anda akan merasakan bahawa anda sangat mudah untuk kurus semula, sebab berat tambahan telah di keluarkan bersama-sama kelahiran bayi anda. Tetapi, jika anda tidak mengawal makan minum sepanjang kehamilan dan berpantang, jangan terkejut, jika berat badan anda langsung tidak berubah ataupun ia semakin bertambah.

 

Komplikasi Kehamilan Yang Biasa Ibu Alami Sepanjang 40 Minggu

Sepanjang perkembangan fetus dalam tempoh 40 minggu kehamilan, pelbagai komplikasi yang berlaku kepada ibu hamil. Antaranya ialah anemia, jangkitan pada saluran air kencing, perubahan emosi, risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi (di mana ia boleh menyebabkan pra-eklampsia, bila tidak terkawal), risiko untuk bersalin sebelum cukup tempoh kehamilan dan pelbagai lagi risiko lain yang melibatkan bayi di dalam kandungan.

Morning Sickness yang teruk atau hyperemesis gravidarum boleh menyebabkan ibu merasa loya dan muntah yang terlalu kerap, dan ia biasanya berlaku pada tempoh trimester pertama. Ia boleh berlarut sehingga trimester kedua atau ketiga. Akibat loya dan muntah yang teruk, si ibu boleh mengalami masalah penurunan berat badan dan dehidrasi, sehingga memerlukan rawatan di hospital di mana cecair iv akan berikan kepada ibu.

Bukan itu sahaja, si ibu juga berisiko untuk mendapat kencing manis semasa hamil. Ini boleh membuatkan si ibu mudah untuk merasa haus dan lapar, terlalu kerap kencing dan mudah letih.

Peningkatkan berat badan adalah perkara normal untuk ibu hamil. Tetapi jika kenaikan ia adalah melampau dan di boleh ikuti oleh risiko yang merbahaya kepada ibu dan bayi. Jika anda rasa was-was, tanyalah kepada doktor anda, dan dapatkan pandangan dari mereka.

 

Perkembangan Fetus Sepanjang Kehamilan 40 minggu :  Trimester 1, 2 dan 3.

 

carta kehamilan

 

Tiga Fasa Penting Dalam Kehamilan : Trimester 1, Trimester 2 dan Trimester 3

Fasa kehamilan shaklee

 

Trimester 1

#1: Fasa permulaan perubahan badan ibu

  • Pasa fasa ini, tiada lagi datang bulan, proses ovulasi juga berhenti.
  • Proses semaian atau pembenihan bermula.
  • Bila ini berlaku, ini tandanya anda sedang hamil

 

#2: Perubahan pada emosi dan fizikal ibu

Pada fasa ini, perubahan hormon banyak memberi kesan kepada tubuh badan ibu. Beberapa tanda yang berlaku kepada ibu, pada awal kehamilan, antaranya:

  • Badan terlalu cepat untuk lelah, penat
  • Payudara jadi lembut, bengkak dan terlalu sensitif
  • Loya atau di ikuti dengan muntah (morning sickness)
  • Selera makan berubah
  • Emosi yang tidak stabil
  • Kerap kencing
  • Sembelit
  • Pedih ulu hati
  • Pening kepala
  • Demam
  • Kenaikan atau turunnya berat badan

 

#3 : Perubahan dalam rutin harian ibu

Bila emosi dan fizikal ibu berubah, secara tidak langsung, ia boleh merubah rutin harian ibu. Pada fasa ini, anda mungkin ingin tidur awal, makan terlebih banyak atau makan terlalu sedikit. Emosi yang tidak stabil, boleh membuatkan anda mudah rasa tersentuh, atau tidak gemar  pada sesuatu bau, padahal sebelum hamil, bau itulah yang anda paling sukai.

Terdapat sesetengah wanita, akan timbul rasa benci pada bau badan pasangan sendiri. Kebanyakkan wanita yang hamil, akan melalui keadaan yang tidak selesa ini. Namun, terdapat juga wanita yang tidak merasa sebarang perubahan pada fizikal atau emosi mereka.

Ibu hamil akan mengalami perubahan kehamilan yang berbeza untuk setiap kehamilan. Tidak kira anda baru hamil kali pertama atau anda hamil anak yang kedua, ketiga atau seterusnya.

Sebab itu, jika anda pernah hamil, mungkin anda sedar, setiap kali anda hamil, akan ada benda yang tidak sama berlaku, samada kehamilan sebelum ini anda suka makan masam dan kehamilan sekarang anda jadi benci pada benda masam, atau apa sahaja.

 

#4 : Kehamilan memasuki minggu ke-4

Pada usia kehamilan memasuki minggu ke-4, bayi anda akan mula:

  • Pembentukan sistem saraf (otak dan saraf tunjang) mula berlaku
  • Jantung mula terbentuk
  • Tunas kaki dan tangan mula terbentuk
  • Fasa ini, bayi di panggil sebagai embrio dan panjangnya adalah 1/25 inch

 

#5 : Kehamilan memasuki minggu ke-8

Bila memasuki minggu ke-8, embrio mula membesar menjadi fetus. Perkembangan fetus antaranya:

  • Kebanyakkan organ mula terbentuk
  • Jantung bayi mula berdegup
  • Tangan dan kaki mula memanjang
  • Jari kaki dan tangan mula membentuk
  • Organ jantina mula membentuk
  • Bentuk muka mula membentuk
  • Wajah mula menghasilkan ciri
  • tali pusat akan jelas kelihatan
  • Pada penghujung minggu ke-8, fetus semakin memanjang, 1 inci dan berat kurang dari 3 gram.

 

#6 : Kehamilan memasuki minggu ke-12

Pada penghujung trimester 1, pada sekitar minggu ke-12, perkembangan bayi anda antaranya:

  • Sistem saraf dan otot mula bekerjasama. Pada masa ini, bayi sudah mampu membuat genggaman tangan
  • Organ seks luaran akan lebih kelihatan,  samada lelaki atau perempuan
  • Kelopak mata akan tertutup bagi melindungi perkembangan mata. Ia tidak akan terbuka sehingga kehamilan memasuki minggu ke-28
  • Kepala semakin membesar, panjang bayi menghampiri 3 inci dan berat bayi hampir 1 ounce.

perkembangan bayi dalam kandungan

Trimester Kedua

#1 : Perubahan Yang Ibu Hamil Boleh Alami

  • Bila memasuki trimester kedua, ibu hamil akan merasa lebih selesa berbanding trimester pertama.
  • Mual dan muntah teruk mungkin dah berkurang atau hilang sekaligus
  • Badan mudah letih dan cepat penah juga berkurang.
  • Namun, anda mungkin akan sedar ada perubahan pada bentuk badan anda. Pada saat ini, baby bump akan mula kelihatan, kerana bayi semakin membesar.
  • Pada penghujung trimester kedua, anda akan mula merasai pergerakkan bayi.

 

#2 : Perubahan pada fizikal dan emosi pada Ibu Hamil

Beberapa perubahan yang anda boleh perasan bila memasuki trimester kedua, antaranya :

  • Sakit pada bahagian belakang, abdomen, pangkal paha atau paha
  • Kesan regangan akan kelihatan pada bahagian abdomen, payudara, paha atau punggung
  • Kulit pada bahagian puting semakin gelap
  • Satu garisan hitam yang halus (linea nigra) akan kelihatan bermula dari pusat sehingga garis rambut kemaluan
  • Kulit akan kelihatan lebih gelap pada bahagian atas pipi, dahi, hidung atau bibir atas. Keadaan ini di panggil sebagai topeng kehamilan (melasma atau chloasma facies)
  • Tangan akan rasa semut-semut (carpal tunnel syndrome)
  • Gatal pada bahagian abdomen, tapak tangan dan tapak kaki. (Jika anda turut mengalami muntah, hilang selera makan, mual, kulit bertukar kuning, penat di ikuti dengan rasa gatal, anda perlu hubungi doktor anda segera. Ia mungkin adalah tanda anda ada masalah hati.)
  • Kejang kaki
  • Bengkak pada pergelangan kaki, jari dan muka. (Jika anda perasan bengkak tiba-tiba atau bengkak teruk atau pertambahan berat badan terlalu pantas, dapatkan pandangan doktor segera. Ia mungkin adalah petanda keadaan yang teruk, yang di panggil pra-eklampsia)

 

#3 : Kehamilan memasuki minggu ke-16

Seiring dengan perubahan pada bentuk badan anda, bila memasuki trimester kedua, pembentukan bayi di dalam rahim juga berubah. Pada masa ini, bayi anda akan berubah:

  • Musculoskeletal system akan terus membentuk
  • Kulit akan mula terbentuk dan hampir lutsinar
  • Mekonium berkembang di dalam saluran usus bayi anda. Ini merupakan pergerakan pertama usus bayi anda.
  • Bayi anda mula buat pergerakan menghisap dengan mulut (refleks menghisap)
  • Bayi akan semakin memanjang pada 4 sehingga 5 inci dan berat badan hampir 113 gram

 

#4: Kehamilan memasuki minggu ke-20

Pada kehamilan memasuki minggu ke-20, bayi akan terus berkembang:

  • Bayi akan lebih aktif. Anda boleh merasai pergerakan atau tendangan
  • Pada masa ini, badan bayi akan di penuhi dengan bulu halus di panggil sebagai lanugo dan di saluti dengan perlindungan berlilin di panggil sebagai vernix.
  • Bulu mata, bulu kening, kuku jari dan jari kaki terbentuk. Bayi pada masa ini boleh mencalar diri sendiri.
  • Bayi sudah mula boleh mendengar dan menelan
  • Pada masa ini, bayi sudah mula memanjang 6 inci dan berat badan mencecah 255 gram.

 

#5: Kehamilan memasuki minggu ke-24

Pada kehamilan memasuki minggu ke-24, semakin banyak perkembangan yang terjadi pada bayi anda.

  • Tulang sumsum bayi mula menghasilkan sel darah
  • Deria rasa mula terbentuk pada lidah bayi
  • Tapak tangan dan tapak kaki mula membentuk
  • Rambut kepala mula tumbuh
  • Paru-paru sudah terbentuk namun belum dapat berfungsi
  • Bayi mula ada kitaran tidur yang teratur
  • Jika bayi anda, bayi lelaki, pada masa ini buah zakar mulai turun ke dalam skrotum. Jika bayi anda, bayi perempuan, uterus dan ovari mula terbentuk, serta telur sudah terbentuk dalam ovari
  • Berat bayi pada saat ini adalah 680 gram dan panjang sudah mencecah 12 inci.

 

Trimester Ketiga

#1: Perubahan Yang Ibu Hamil Alami

Pada trimester ketiga, iaitu pada peringkat akhir kehamilan. Ketidakselesaan yang bermula pada trimester mungkin akan berterusan dan ia mungkin bertambah. Semakin bayi membesar, semakin memberi tekanan kepada organ dalaman ibu.

Anda mungkin perasan, di mana semakin sukar untuk bernafas dan semakin kerap untuk kencing. Ia adalah normal. Selepas anda bersalin, semua masalah ini akan hilang serta merta.

 

#2: Perubahan fizikal dan emosi yang boleh ibu hamil alami

Pada trimester ketiga dan terakhir ini, anda mungkin sedar beberapa perubahan fizikal berlaku, termasuk:

  • Bengkak pada pergelangan kaki, tangan dan muka. (Jika bengkak ini berlaku secara tiba-tiba atau terlalu bengkak ataupun kenaikan berat yang melampau, anda perlu hubungi doktor anda pada kadar yang segera. Ini di khuatiri ia adalah serius dan di panggil sebagai pra-eklampsia)
  • Sembelit
  • Payudara semakin lembut dan mungkin mengeluarkan kolostrum
  • Pusat anda mungkin mula menonjol
  • Bayi mula “jatuh” atau bergerak ke bahagian bawah abdomen
  • Kontraksi mula berlaku, samada kontraksi sebenar atau palsu
  • Kekejangan pada kaki
  • Simptom lain yang mungkin anda perasan, termasuklah mudah mengah, sakit ulu hati dan sukar untuk tidur

 

#3: Perubahan Saat Tarikh Jangkaan Bersalin Semakin Dekat

Terdapat perubahan dalam badan anda yang sukar untuk anda nampak. Semakin mendekati tarikh jangkaan bersalin, serviks akan semakin nipis dan lembut. Ini di panggil sebagai proses memudahkan serviks untuk terbuka semasa bayi lahir nanti. Doktor akan memantau kehamilan anda dengan membuat pemeriksaan yang kerap, terutamanya bila tarikh jangkaan semakin dekat.

 

#4 : Kehamilan memasuki minggu ke-32

Pada minggu ke-32, tumbesaran bayi akan terus berlaku, antaranya:

  • Tulang bayi akan lebih lembut tapi dah terbentuk sepenuhnya
  • Pergerakan dan tendangan semakin kerap
  • Mata mula terbuka dan tertutup
  • Paru-paru tidak terbentuk sepenuhnya tetapi latihan pernafasan telah berlaku
  • Pada masa ini, badan bayi anda mula menyimpan vitamin penting seperti zat besi dan kalsium
  • Bulu halus pada badan bayi mulai gugur
  • Berat badan bayi akan bertambah 226 gram seminggu. Berat bayi pada masa ini adalah 1.814 Kg – 2.041 Kg, dan panjang lebih kurang 15 – 17 inci.

 

#5: Kehamilan memasuki minggu ke-36

Pada peringkat ini, semakin mendekati tarikh jangkaan bersalin, bayi anda terus membesar.

  • Salutan perlindung berlilin pada tubuh anda semakin menebal
  • Lemak pada bayi turut bertambah
  • Bayi semakin membesar dan semakin kurang ruang untuk bayi bergerak. Pergerakan mungkin tidak kuat tetapi anda anda tetap dapat merasai.
  • Bayi semakin memanjang sekitar 16 hingga 19 inci dan mempunyai berat sekitar 2.721 Kg – 2.948 Kg.

 

#6: Kehamilan memasuki minggu ke 37 sehingga 40 minggu

Akhirnya, anda sudah berada di fasa terakhir kehamilan, dan bersedia untuk bersalin. Sepanjang tempoh ini, bayi anda terus berkembang, seperti:

  • Pada penghujung minggu ke-37, perkembangan bayi anda di anggap sudah lengkap
  • Organ bayi sudah mampu berfungsi sendiri
  • Semakin mendekati tarikh jangkaan bersalin, kepala bayi anda akan berpusing ke bawah
  • Berat bayi pada fasa ini adalah sekitar antara 2.7 Kg – 4.1 Kg. Dan panjang bayi pada ini adalah sekitar 19 inci sehingga 21 inci. Kebanyakkan bayi yang mempunyai berat badan dan panjang pada sekitar ini.

 

Sumber: MedicineNet

Vitamin Untuk Ibu Hamil Shaklee

Seronokkan bila mengetahui perkembangan bayi anda sepanjang tempoh 40 minggu ini. 🙂

Namun, adakah anda sudah memastikan bayi anda mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk badan bayi anda simpan seperti zat besi dan kalsium?

Untuk memastikan anda mempunyai simpanan nutrisi yang cukup, anda mungkin perlu mengambil zat nutrisi tambahan, iaitu zat besi dan kalsium.

Dalam set ibu hamil Shaklee, mempunyai dua vitamin ini. Kerana vitamin ini bukan sahaja bagus untuk bayi bahkan ia bagus untuk ibu hamil sendiri. Sepanjang hamil, sel darah ibu semakin bertambah, membuatkan risiko untuk berlaku anemia adalah tinggi. Zat besi sangat penting untuk sel darah.

Kalsium bukan sahaja membantu memudahkan ibu bersalin bahkan ia membantu mengelak dari sembelit, atau kejang kaki sepanjang kehamilan.

set ibu hamil shaklee

 

buy online now shaklee

 

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
  • Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
 

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 35 UNTUK SELURUH MALAYSIA .

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *