8 Tip Untuk Elak Sembelit Semasa Berpantang

Bersalin, Berpantang Dan Penyusuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 🙂 Pernah mengalami masalah sembelit semasa berpantang tak?

Mesti seronok kan, bila kehamilan dah masuk trimester ketiga. Lebih-lebih lagi, jika sekarang ni, dah masuk minggu ke-36. Biasanya kan, orang panggil menunggu hari, jika kehamilan dah masuk minggu ke-36. Sebab, ibu hamil akan bersalin bila-bila masa je.

Bagi yang masih mencari cara membuat air selusuh bagi membantu untuk memudahkan bersalin, boleh baca di sini.

 

Bila bercerita pasal sembelit semasa berpantang ni, teringatlah fatim dengan pengalaman bersalin anak sulung dulu. Setiap kali fikir pasal pengalaman berpantang anak sulung, mesti fatim rasa seriau je.

Punyalah sakit nak membuang sebab sembelit. Sampai fatim sanggup tak membuang selama seminggu. Sakitnya rasa sembelit semasa berpantang adalah lebih teruk berbanding semasa keadaan kita sihat.

Anda sedang mengalami masalah yang sama tak? atau sekarang dalam usaha untuk membuat persediaan semasa berpantang nanti?

Jadi, sebagai langkah pencegahan semasa anda berpantang nanti, jom baca tips-tips ini. Semoga ia dapat membantu mengatasi masalah anda untuk ‘membuang’ semasa berpantang nanti. 🙂

 

8 Tips Atasi Sembelit Semasa Berpantang

 

sembelit berpantang shaklee

 

1. Amalkan diet yang seimbang semasa berpantang. Pastikan diet anda terdiri daripada makanan yang berserat tinggi serta pastikan diet anda turut terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

2. Pastikan pengambilan air yang mencukupi, lebih-lebih lagi jika anda menyusu bayi. Pengambilan air yang cukup dapat membantu melembutkan najis dan memudahkan pergerakan usus.

 

3. Sekiranya anda merasakan rasa untuk ‘membuang’, segeralah ke tandas. Elakkan sikap suka bertangguh, ia akan membuatkan anda mendapat sembelit yang teruk. Silap-silap boleh menjadi buasir.

 

 

4. Elakkan duduk ataupun baring terlalu lama. Cubalah untuk berjalan, walaupun sedikit demi sedikit kerana ia dapat membantu agar sembelit tidak menjadi semakin teruk.

 

5. Penggunaan tandas duduk sangat membantu untuk memudahkan ibu dalam berpantang untuk membuang air besar. Jangan lupa gunakan bangku mahupun alas kaki, supaya kaki dapat diangkat dengan lebih tinggi dan letakkan siku anda di atas lutut.

6. Anda juga boleh menggunakan ubat pelembut najis yang disyorkan oleh doktor. Elakkan sembelit ni berlarutan, sebab di khuatiri ia boleh semakin mudarat menjadi buasir.

 

Apa-apa pun ubat yang anda ingin beli di farmasi, pastikan mendapat konsultasi daripada doktor terlebih dahulu. – gambar ehsan google-

 

7. Amalkan pengambilan vitamin C, sekurang-kurangnya 1000mg sehari.

8. Amalkan pengambilan ostematrix, sekurang-kurangnya 1000mg sehari.

Kalau ikut pengalaman fatim sendiri, memang terasa jauh bezanya berpantang dengan makan vitamin C dan Ostematrix, berbanding takde ambil langsung. Sebab masa berpantang anak sulung, fatim cuma amalkan jamu.

Sembelit memang tak dapat nak elak semasa berpantang anak sulung. Sampai fatim rasa macam tak nak lagi mengandung masa tu. huhu..

Bila berpantang anak kedua, fatim yang masih rasa fobia dengan pengalaman berpantang kali pertama dulu, cuba amalkan set berpantang Shaklee.

Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, fatim langsung tak de masalah sembelit. Bahkan luka jahitan pun cepat sembuh. Syukur sangat. 🙂

Nak tahu set berpantang Shaklee yang fatim ambil tak? tadaa…

set berpantang shaklee optimum

Set ibu berpantang ni memang banyak membantu fatim untuk berpantang dengan lebih bertenaga, luka jahitan cepat sembuh, susu badan sentiasa banyak serta elak dari masalah sembelit. 🙂

Ingat yer, anda tak semestinya perlui ambil semua vitamin yang ada dalam set berpantang ni, lebih-lebih lagi jika anda jenis yang kurang gemar makan pil banyak sangat. Kalau nak ambil set berpantang Shaklee, pilihlah berdasarkan keperluan anda semasa berpantang nanti.

Kalau tak pasti nak pilih mana yang sesuai, jangan segan-segan untuk hubungi fatim, k. 🙂

buy online now shaklee

 

 


MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
  • Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
 

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 35 UNTUK SELURUH MALAYSIA .

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”