Set Ibu Hamil Shaklee

Kehamilan

Assalamualaikum semua,

Fatim pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang telah memilih vitamin shaklee sebagai makanan tambahan, lebih-lebih lagi kalau yang sedang hamil. Ye lah kan, masa hamil, semua benda macam tak kena je. Nak makan, muntah. Nak minum pun muntah.

Tak makan karang, kesian pulak baby. Bukan baby je kesian, ibu pun sama jugak. Tahu tak anda, jika anda sedang hamil dan sedang mengalami situasi makan tapi asyik nak muntah, lepas tu terus buat keputusan tak nak makan, sebab penat nak muntah, fatim nasihatkan baik anda stop berbuat sedemikian.

Kalau anda rasa berat nak makan hanya kerana nak muntah, anda sebenarnya sedang meletakkan risiko untuk bayi anda meninggal semasa dalam kandungan, kerana bayi kurang mendapat nutrisi daripada anda.

Cuba anda lihat di negara-negara yang tengah berhadapan dengan perang sekarang. Anda dapat tengok bagaimana, ramai yang meninggal, kerana tidak cukup makanan. Anda juga berisiko untuk menghadapi keadaan yang sama, jika anda berdegil untuk tidak mahu makan lebih-lebih lagi semasa mengandung.

Ingat yer, bukan bayi je yang berisiko untuk meninggal, anda juga mungkin mempunyai risiko yang sama. Jadi, mulai sekarang, ambil makanan yang ringan seperti biskut kering atau roti, makan sikit-sikit. Tak perlu sampai kenyang. Sejam¬† kemudian makan lagi. Sekurang-kurangnya, makan sedikit tapi dengan kerap, ok? ūüôā

 

set ibu hamil shaklee

 

Apa yang anda makan setiap, biarpun sebelum anda mengandung, adalah sangat penting untuk memastikan anda mengambil nutrisi yang mencukupi, apatah lagi, jika anda sedang mengandung.

Anda sudah pasti pernah mendengar istilah ‚Äėmakan untuk 2 orang‚Äô, namun begitu, ia bukannya bermakna anda bebas untuk mengambil makanan segera tanpa had. Adalah sangat penting untuk memastikan bahawa sepanjang anda mengandung, mengambil makanan sedikit tapi penuh dengan nutrien.

 

1. Kenaikan berat badan semasa mengandung

  • Menurut pakar, perkadaran berat badan naik semasa mengandung adalah berdasarkan berat ibu sebelum mengandung. Jadi, anda perlu berbincang dengan doktor anda, berapa kenaikan berat yang sesuai.
  • Untuk kenaikan berat yang sihat, anda perlu menambah 100 kalori setiap hari, untuk 3 bulan pertama, dan di ikuti oleh 300 kalori sehari untuk bulan-bulan seterusnya
  • Pastikan anda memilih diet yang sihat demi kebaikan anda dan bayi anda

 

2. Makanan untuk anda dan bayi anda

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

a. Karbohidrat

  • bijrin, sayuran segar serta buah-buahan yang segar adalah sebahagian diet yang besar untuk anda.
  • Ia membekalkan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Malahan ia juga menyediakan fiber bagi mengelak masalah sembelit

 

b. Protein

  • makan sekurang-kurang 3 atau lebih hidangan daging, ikan, telur dan kekacang setiap hari.
  • diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda.
  • Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu.
  • Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein.
  • Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.
  • Adalah penting untuk anda mengambil lebih protein dalam diet anda, kerana ia membantu pembentukan tumbesaran bayi dan perubahan bentuk badan anda
  • (Nota:1 hidangan = 85 g daging/ikan atau telur atau 2 biji telur putih atau separuh kekacang yang di masak atau segelas susu)

c. Lemak (Omega 3)

  • memainkan peranan penting dalam pembentukan otak bayi serta perkembangan matanya.
  • juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi.
  • Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi.
  • Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.
  • Namun begitu, pastikan anda tidak mengambilnya dalam kuantiti yang melampau makanan berlemak kerana ia memiliki kalori yang tinggi dan kemungkinan akan menyebabkan nutrisi penting rosak.

 

d. Zat besi

  • Kekurangan zat besi semasa mengandung ada berkaitan dengan kelahiran bayi pra-matang atau berat bayi terlalu rendah.
  • Antara makanan yang kaya dengan zat besi adalah seperti : daging, ayam, ikan, kerang, tiram, roti, buah kering, kekacang.
  • Zat besi dari haiwan adalah lebih mudah menyerap berbanding zat besi dari tumbuhan.
  • Bagi meningkatkan kadar penyerapan zat besi, pastikan anda mengambil tumbuhan yang tinggi kandungan zat besi termasuk yang ada vitamin C (seperti buah limau, anggur, brokoli, kentang, tembikai dan tomato)

e. Asid Folik

  • Asid folik penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi anda.
  • Pengambilan asid folik sangat penting di ambil, jika anda merancang untuk mengandung.
  • Makanan yang kaya dengan asid folik adalah : oren, strawberi, pisang, asparagus, avokado, brokoli, kacang hijau, bayam, tomato, sayuran warna hijau gelap, kekacang, bijirin, telur
  • pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina.
  • Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.


f. Kalsium

  • Anda dan bayi anda, sangat memerlukan kalsium bagi kekuatan tulang dan gigi.
  • Jika anda tidak mengambil kalsium yang mencukupi, badan anda akan ‚Äėmeminjam‚Äô kalsium dari tulang anda bagi membina tulang janin anda.
  • kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda.
  • Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
  • Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.
  • Pastikan anda mengambil 3-4 hidangan produk tenusu setiap hari.
  • Selain itu, antara sumber kalsium adalah : tofu, susu kalsium, sardin, kekacangan, oren jus, brokoli

 

Adakah anda yakin, anda dapat memastikan yang anda akan mengambil kesemua makanan yang memiliki nutrisi penting seperti di atas, dalam sehari?

Oleh kerana situasi inilah, ramai ibu hamil yang risau, takut bayi dan diri sendiri tak cukup nutrisi, mereka mula merancang untuk mengambil vitamin Shaklee bagi mengisi semula nutrisi yang tidak mencukupi dalam tubuh badan. Ingat yer, ibu sihat, bayi pun sihat.. hehee..

Vitamin adalah makanan tambahan, bukan makanan gantian. Jadi, pengambilan makanan yang seimbang perlu di utamakan, walaupun anda dah ambil vitamin.

Untuk kali ini, sebenarnya fatim nak kongsi sedikit panduan kepada ramai ibu hamil yang kat luar sana, yang dah mengambil vitamin shaklee, tetapi masih ragu-ragu tentang cara pengambilan yang betul. meh baca sini. Ingat, ini sekadar panduan. untuk maklumat terperinci, berbincanglah dengan pengedar anda. Kalau nak tahu tips dari fatim, kenalah beli daripada fatim. ūüôā

 

Vitamin Shaklee yang sesuai untuk ibu hamil, di sini fatim menyediakan  cadangan pengambilan vitamin-vitamin tersebut :-

  1. Vitalea
  2. B complex
  3. Vitamin C
  4. ESP/ MealShake
  5. Ostematrix
  6. Omega Guard

 

SET IBU HAMIL SHAKLEE

Cadangan pengambilan vitamin Shaklee untuk ibu hamil

(1) B-Complex – 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic separately, because this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.

B complex shaklee

 

  • Asid folik yang juga dikenali sebagai folate merupakan vitamin B (B9). Dalam satu kajian menyatakan
  • wanita yang mengambil asid folik sebelum kehamilan dan pada awal kehamilan boleh mengurangkan risiko kelahiran bayi yang cacat saraf otak dan cacat saraf tunjang sehingga 70%
  • mengelakkan anemia dalam ibu mengandung.
  • peranan dalam kawalan mood anda kerana ia boleh mengurangkan depresi.

 

(2) Vita-Lea with Iron Р1 tab daily. Vita-Lea adalah multivitamin. jadi preggy mommies tak perlu ambil obimin lagi.

vitalea shaklee

 

  • penting dalam pembentukan hemoglobin, iaitu protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke organ dan tisu badan anda.
  • Apabila anda hamil, badan memerlukan lebih zat besi bagi menghasilkan darah kepada anda dan bayi dalam kandungan anda.
  • Sekiranya anda tidak mendapat zat besi yang mencukupi, badan akan kekurangan sumber secara perlahan-lahan dan akan menyebabkan anda mengalami anemia.
  • Maka, jangan jadikan anda salah seorang dari mereka kerana masalah ini sebenarnya boleh mengancam nyawa.

 

(3) Vit-C – 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.

vitamin c shaklee

 

(4) OsteMatrix – 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium.

ostematrix shaklee

 

Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat dan gigi utk baby. kalau preggy mommies rajin minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari sudah memadai.

  • Susu merupakan sumber utama kalsium. Selain itu ia mengandungi protein, lemak, karbohidrat dan vitamin yang baik untuk ibu hamil.
  • Kalsium sangat diperlukan ketika proses kehamilan. Jika anda rasa jumlah pengambilan anda tidak mencukupi, anda perlu meminta prenatal vitamin bagi memastikan kalsium yang anda ambil mencukupi dengan badan anda.
  • Kalsium sangat penting kerana:

‚ô• elakkan masalah reput tulang atau osteoporosis.
‚ô• keperluan kalsium menjadi berganda kerana kalsium dalam badan anda akan diserap oleh bayi.
‚ô• Bayi memerlukan kalsium ini untuk pembentukan gigi dan tulangnya.
‚ô• Kalsium yang mencukupi juga boleh mengelakkan masalah cramp kaki ketika hamil.

 

(5) Protein (ESP) – Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum.

esp shaklee

 

Sekali sehari ajer. air mestilah air suam – plain water or any fave drinks (milo/ susu). ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya preggy mommies tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. kurang stretch-mark effect.

  • Protein memainkan peranan penting dalam proses kehamilan anda.
  • Protein yang mencukupi sangat diperlukan kerana:
    ‚ô£ Untuk menyokong sistem peredaran darah.
    ‚ô£ Menguatkan system imun badan bagi melawan penyakit.
    ‚ô£ Memberikan berat badan yang ideal
    ‚ô£ Melindungi dari sebarang penyakit ketika hamil.

Jumlah protein yang diperlukan ketika hamil:
Trimester pertama = 64 gram
Trimester kedua = 100 gram
Trimester ketiga = 100 gram

 

(6) Omega Guard – 1 tab daily is enough.

omega shaklee

 

Selebihnya, khasiat DHA ni boleh didapati dari pemakanan seharian. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. untuk preggy mommies pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

*Disyorkan pengambilan suplemen pada waktu malam untuk penyerapan nutrien yang lebih baik. Tapi, kalau nak ambil semua serentak memang agak sukar, kan?

 

Cadangan jadual makan vitamin Shaklee untuk ibu hamil

(1) Selepas breakfast : Secawan ESP dan 1 biji Vita-Lea.

(2) Selepas lunch : B-Comp, Vit-C dan Omega Guard

(3) Selepas Dinner : 4 biji OsteMatrix.

Nota : Penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, jadi tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium.

Sebagai bonus, ibu-ibu akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp pada otot dan sendi, dan badan pun lebih ringan. Masalah sembelit juga tiada. :)* Sekadar cadangan. Jadual adalah fleksibel

 

Bagaimana Nak Dapatkan Set Ibu Hamil Shaklee?

Mudah sahaja. Untuk membuat pesanan. boleh whatsapp fatim di www.wasap.my/60168369246

 

buy online now shaklee

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
  • Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu¬† untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
 

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 35 UNTUK SELURUH MALAYSIA .

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA‚ÄĚ

5 thoughts on “Set Ibu Hamil Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *